<dfn id="TJ1b"></dfn><address id="TJ1b"></address>

      <nobr id="TJ1b"><address id="TJ1b"><sub id="TJ1b"></sub></address></nobr>

      <var id="TJ1b"></var>

      <dfn id="TJ1b"></dfn>

      maxbet malaysia agent

      Sila gunakan pelayar Mozilla Firefox untuk paparan terbaik? |? International visitors click here: www.sciencemindmaps.com

      ?


      Kini Telah Ada Peta Minda Yang Membantu


      Anak-anak Anda Mempelajari, Menyemak dan


      Menghafal Pelajaran Sains UPSR dan PT3


      Mereka Dengan Mudah dan Pantas!!

      ?

      ?

      ?






      SAINS: MATAPELAJARAN YANG SUKAR


      Adalah tidak dinafikan bahawa matapelajaran Sains merupakan satu matapelajaran yang agak sukar bagi kebanyakan pelajar. Ini adalah kerana? seorang pelajar perlu mengingati dan menghafal? banyak konsep dan fakta. Maka untuk memperolehi markah yang baik atau ingin mendapat 'A' dalam matapelajaran Sains adalah idaman semua pelajar.

      Untuk mendapat markah yang tinggi dalam apa sahaja matapelajaran termasuk Sains, pelajar perlu tekun dan rajin membaca nota yang telah diberikan oleh guru atau buku teks yang sedia ada.? Walaubagaimanapun buku teks yang tebal yang mengandungi ratusan atau mencecah ribuan kata kunci fakta Sains boleh mematikan semangat pelajar untuk meminati Sains.


      ?



      .

      PETA MINDA: ALTERNATIF TERBAIK


      "Mind Map" atau Peta minda adalah alat untuk membantu anda berfikir dan belajar. Peta Minda yang telah dibangunkan oleh Tony Buzan adalah kaedah yang berkesan untuk membuat nota dan berguna untuk menjanakan ide dengan perkaitan.

      Untuk membina satu peta minda, seseorang haruslah bermula di tengah mukasurat yang menjadi tajuk utamanya. Kemudian ia bercambah keluar ke semua arah menghasilkan struktur yang tumbuh dan tersusun mengandungi kata kunci (keywords) dan rajah kunci (key images).


      Satu contoh peta minda yang saya ingin paparkan ialah peta berikut di bawah tajuk "Basic Needs", satu tajuk daripada matapelajaran Sains Tahun 4.


      Sila klik peta minda di bawah untuk melihatnya dengan lebih dekat




      Perhatikan betapa mudahnya seorang pelajar dapat melihat tajuk utama peta di tengah-tengah yang? bercabang kepada tajuk-tajuk kecil yang pula bercabang kepada perkataan atau kata-kunci dan rajah kunci yang penting.


      kata-kunci dan rajah-kunci



      Peta minda yang disediakan dipermudahkan pembacaannya dengan adanya label-label berhuruf dan bernombor di setiap cabang supaya pembacaan adalah mengikut susunan dan turutan? yang betul. Ini adalah untuk memastikan? supaya pemahaman terhadap fakta yang dibaca adalah mengikut alirannya.

      Perhatikan juga gambar-gambar yang berwarna dan menarik yang berkaitan dengan fakta dapat mengukuhkan lagi ingatan terhadap? fakta tersebut.

      Label huruf dan nombor serta gambar



      Anda tentu perasan bahawa dengan memerhatikan peta minda secara keseluruhan, anda telah pun sudah dapat memasukkan maklumat dengan mudah ke dalam fikiran anda. Oleh itu maklumat tersebut akan mudah pula dapat dikeluarkan? kerana ia telah di"peta"kan ke dalam fikiran anda.

      Sila lihat video di bawah dari Kelab Pelajar Cemerlang mengenai peta minda.



      ?

      ?

      ?


      PETA MINDA UNTUK GURU DAN PELAJAR



      Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peta minda telah diakui sangat berkesan digunakan dalam bilik darjah. Saya telah menggunakan peta minda yang saya hasilkan sendiri sejak? 5 tahun lalu dalam bilik darjah saya. Berdasarkan kepada pengalaman saya, saya mendapati proses pengajaran menjadi sangat mudah dan menjimatkan masa.?

      Ini adalah kerana peta minda yang telah disediakan oleh guru sendiri dan diedarkan kepada murid dengan sendirinya menjadi nota mereka tanpa perlu mereka membuat nota sendiri. Peta minda yang asalnya bersaiz A4 telah dibuat salinannya kepada kertas? bersaiz A3 yang lebih besar supaya lebih mudah dibaca. Jika ?bab yang diajarkan adalah panjang, maka peta yang kedua, ketiga dan? seterus akan saya hasilkan.


      Penggunaan LCD serta perisian komputer yang boleh membesarkan paparan di skrin dengan kemudahan "zoom" memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Gambarajah yang kecil yang kurang jelas dengan mudah dibesarkan untuk paparan pelajar.




      KELEBIHAN PETA MINDA


      ?

      ?

      ?

      ?

      Dalam Pembelajaran
      Menghapuskan rasa sukar untuk belajar. Menambah? keseronokan dalam proses pembelajaran,? mengulangkaji dan mengambil peperiksaan. Memberi keyakinan kepada pelajar terhadap keupayaan? mereka untuk mempelajari apa sahaja matapelajaran.


      Dalam Mengingat
      Memudahkan pelajar mengingat fakta? setelah mindanya dipetakan. Menambah keupayaan dan kapasiti ingatan.


      Dalam Pandangan Keseluruhan
      Dapat melihat keseluruhan bab dengan jelas. Dapat memahami segala fakta yang berkaitan. Berupaya? mengulangkaji pelajaran? dengan pantas.


      Dalam Berfikir
      Melatih? minda mencari jalan penyelesaian untuk melaksanakan sebarang kerja secara bersistematik.


      Dalam Merancang
      Memudahkan merancang sesuatu tugas dari mula hingga ke akhir hanya dalam sehelai kertas.


      Dalam Berkomunikasi
      Dapat menyampaikan segala bentuk maklumat dengan jelas dan tepat.

      ?

      ?

      ?

      ?


      LAPORAN PERCUMA UNTUK ANDA!


      ?

      Dapatkan Laporan Percuma bertajuk "Mengapa Peta Minda?" yang

      memberikan penerangan terperinci bagaimana idea peta minda tercetus dan boleh menjadi

      alat yang amat berguna dalam kehidupan seharian kita.


      Sila isikan nama dan e-mel anda untuk mendapatkannya.



      Nama :
      Alamat e mel :

      ?

      ?

      ?

      ?


      PRODUK E-BOOK: "EBOOK PETA MINDA UNTUK SAINS UPSR KSSR"


      “E-Book Peta Minda Untuk Sains UPSR KSSR" adalah produk yang telah dikemaskini? setelah berlakunya perubahan terhadap sukatan KBSR. Susunaturnya adalah lebih baik dan menarik supaya proses mengingat dan menghafal fakta oleh pelajar dapat dilakukan dengan lebih berkesan.



      ?

      ?

      Perhatian:
      "E-Book" atau buku elektronik bukanlah satu buku berbentuk fizikal.
      Buku elektronik adalah buku dalam bentuk digital atau fail komputer
      dalam format PDF. Ia hanya boleh dibuka dan dicetak oleh program
      Acrobat Reader. Gambar di atas hanya menunjukkan mirip rupa buku
      tersebut apabila ia sudah dicetak dan dijilidkan.

      ?

      ?

      Mengandungi 82 peta minda dari 34 bab merangkumi? sukatan Tahun 4, Tahun 5 dan? Tahun 6.

      Ditulis oleh guru yang berpengalaman dalam penggunaan Peta Minda.

      Mengikut Sukatan KSSR terkini.

      Dalam bentuk digital. Mudah disimpan.

      Boleh dicetak dan dijilidkan untuk kemudahan membaca dan menyemak.

      Perlu? untuk pelajar Tahun 4, Tahun 5 dan amat perlu untuk Tahun 6 yang akan menduduki Peperiksaan UPSR

      Dilengkapi dengan gambar berwarna bagi hampir semua fakta untuk memudahkan pemahaman dan meningkatkan ingatan.

      Berguna untuk guru sebagai Alat Bantu Mengajar.


      Sangat penting bagi pelajar untuk menyemak dan menghafal.

      ?

      ?

      ?

      ?


      L

      LIHAT CONTOH



      Sila lihat beberapa contoh dari "E-Book Peta Minda Sains Untuk UPSR KSSR" di bawah. Anda boleh lihat dari dekat beberapa contoh peta minda yang terpilih dengan hanya mengkliknya. Pastikan komputer anda sudah terpasang dengan perisian Adobe Acrobat Reader kerana kesemua peta minda tersebut adalah dalam format PDF. Sila tunggu untuk beri masa fail tersebut dimuat-turun.? Anda dipersilakan untuk mencetaknya untuk melihat peta minda tersebut di atas kertas. Pastikan "setting" mukasuratnya adalah dalam format A4. Jika pencetak anda adalah pencetak berwarna, pastikan ketiga-tiga komponen dakwat berwarna adalah mencukupi. Jika tidak, cetakannya akan kabur. Jika dakwat hitam sahaja yang digunakan, pastikan cetakan anda disetkan kepada "greyscale".

      ?


      Proses Hidup Haiwan


      Tenaga


      Mikroorganisma


      SILA LIHAT KESELURUHAN E-BOOK


      Untuk melihat keseluruhan E-Book, anda boleh mengklik gambar di bawah. Beri masa untuk kesemua mukasurat dimuat-turun satu-persatu. Anda boleh menyelak setiap mukasurat dengan menyeret tetikus di atas muka surat. Semua mukasurat yang dipaparkan adalah dalam format grafik JPG beresolusi rendah supaya proses muat-turun dapat dipercepatkan. E-book sebenar adalah dalam format PDF beresolusi tinggi seperti dalam contoh yang anda telah perolehi di atas.

      ?



      ?

      ?

      MENGULANGKAJI PETA MINDA



      Mengikut kajian, ingatan? pelajar akan menurun selepas waktu tertentu. Oleh itu, adalah penting bagi seorang pelajar yang telah mempunyai peta minda mengulangkaji peta mindanya dari masa ke samasa. Adalah dicadangkan seorang pelajar mengulangkajinya selepas 1 jam sesi pembelajaranya. Tujuannya adalah untuk pelajar tersebut mula memetakan mindanya dengan maklumat yang telah dipelajarinya.

      Ulangkaji yang pertama mungkin memakan masa yang agak panjang kerana maklumat dan fakta tersebut masih baru. Ulangkaji seterusnya harus dilakukan pada hari berikutnya. Pada ulangkaji kedua ini seorang pelajar sudah mula mengingati lebih banyak fakta, manakala cabang-cabang peta yang tersedia pula semakin banyak dicetakkan ke dalam mindanya. Masa untuk mengulangkaji akan menjadi semakin pendek kerana ingatannya semakin baik. Ulangkaji yang seterusnya akan menambahkan lagi daya ingatan dengan masa? yang lebih pendek.

      Jika pelajar mengulangkaji peta mindanya secara berterusan, tidak mustahil beliau boleh memetakan 100% maklumat ke dalam mindanya. Sebelum peperiksaan beliau hanya perlu membuat ulangkaji sepintas lalu bagi memantapkan ingatannya. Semasa peperiksaan, apa saja maklumat yang telah tersimpan akan "mengalir keluar" dari mindanya dengan laju bila ia diperlukan. Yang pasti kejayaan akan menunggu!


      ?


      DAPATKANNYA SEKARANG SUPAYA ANAK ANDA

      ?

      SUDAH BOLEH MULA MENGULANGKAJI!



      Dapatkan 82 Peta Minda Sains untuk UPSR KSSR untuk anak anda sekarang. Jangan biarkan? anak anda ketinggalan teknik pembelajaran yang terkini ini. Peperiksaan UPSR semakin hampir dan anak anda perlu membuat ulangkaji sekarang untuk skor A dalam Sains. Lebih awal anak anda dapatkan peta minda ini, lebih awal anak anda dapat? mengulangkaji secara pantas dan bijak. Jangan berlengah lagi. Dapatkannya sekarang!

      ?

      ?

      VERSI KSSR !!


      Harga


      RM 30 sahaja!

      ?

      ?


      "E-Book Peta Minda Untuk Sains PT3"


      Mengandungi 84 peta minda merangkumi 27 bab dari Tingkatan 1, 2 dan 3 .

      Sila klik gambar di bawah untuk melihat keseluruhan E-book.

      Beri masa untuk kesemua mukasurat dimuatturun

      Harga


      RM 30 sahaja!

      ?

      ?




      "E-Book Peta Minda Untuk Kimia SPM"


      Mengandungi 75 peta minda merangkumi 14 bab dari Tingkatan 4 dan 5 .

      Sila klik gambar di atas untuk melihat keseluruhan E-book.

      Harga


      RM 30 sahaja!

      ?

      ?


      NANTI ADA LAGI!!


      RANGKAIAN PRODUK SEMASA DALAM VERSI

      BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS


      Sila klik gambar di bawah untuk melihat produk semasa

      ?


      ?

      Produk Versi Bahasa Melayu

      ?

      ?

      ?

      Produk Versi Bahasa Inggeris


      ?

      Produk Pakej Diskaun



      ?

      ?

      ?


      918kiss malaysia number game ibcbet trick qq casino free bet malaysia scr888 malaysia Ibcbet Malaysia